Lailatul
Qadar merupakan malam yang sangat istimewa dimana pada malam tersebut
lebih utama dari seribu bulan. Selama ini umat Islam hanya mempercayai
kebenaran bahawa adanya malam Lailatul Qadar bersumberkan dari Al-Quran
dan As-Sunnah (Hadith).
Sehinggakan kita tidak begitu peduli dengan fakta-fakta ilmiah yang mungkin saja terjadi di alam semesta yang berkaitan dengan sains yang membenarkan adanya malam Lailatul Qadar.
Kehadiran
malam Lailatul Qadar adalah menjadi rahsia Allah SWT. Hanya ada sedikit
informasi yang disampaikan Nabi Muhammad bila akan terjadi malam yang
mulia ini. Diantaranya ia terjadi pada 10 malam terakhir Ramadhan dan
pada malam-malam yang bilangan harinya ganjil. Sementara ciri-ciri
fizikalnya yang kita dapat lihat adalah suhunya yang sederhana (tak
panas dan tak sejuk), pada waktu paginya matahari memancar dengan terang
tapi tak terasa langsung bahangnya, serta di waktu malamnya yang tak
kelihatan langsung bintang-bintang di angkasa.
Sebenarnya
ciri-ciri malam ini sudah ditemui oleh Pentadbiran Aeronautik dan
Angkasa Kebangsaan (NASA). Tetapi mereka tidak hebahkan tentang
kebenaran adanya fenomena ini untuk menghindari kepercayaan terhadap
Agama Islam. Hal ini diungkapkan oleh Pengarah Lembaga Mukjizat Ilmiah
Al- Quran dan Sunnah di Mesir, Dr. Abdul Basith As-Sayyid.
Abdul
Basith As-Sayyid menegaskan, kurang lebih 12 tahun lalu NASA pernah
menemui ciri dari malam Lailatul Qadar sama seperti yang telah
disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW. Tapi sayang, perkara macam ni tak
mendapat sambutan untuk melanjutkan lagi kajian oleh jutawan Arab dalam
mendapatkan dana.
Kenyatan
tersebut diucapkan oleh seorang pakar NASA, Carner, seperti yang
disiarkan oleh akhbar Al-Wafd Mesir. Carner pada akhirnya masuk Islam
dan harus meletak jawatannya di NASA kerana menceritakan kebenaran
fenomena tersebut kepada akhbar Al-Wafd Mesir.
Menurut
beliau, NASA menemui fenomena aneh ini pada suatu malam disebabkan
tiada meteor yang jatuh ke atmosfer bumi beserta suhu udara yang
sederhana. Padahal kebiasaan di waktu malam, meteor yang jatuh ke
atmostfer bumi jumlsekitar 20 meteor.
Fenomena
ini bersamaan dengan hadith Nabi Muhammad SAW yang bersabda bahawa pada
malam Lailatul Qadar langit kelihata begitu cerah, tetapi tiada
kerlipan bintang. Pada malam itu suhunya tidak panas dan tidak sejuk
atau suhunya sederhana.
Carner
juga menyatakan bahawa pada sebelah paginya NASA juga menemui matahari
yang bersinar begitu cerah tetapi langsung tiada radiasi. Hal ini juga
bersamaa dengan sabda Nabi bahawa pada pagi hari matahari bersinar cerah
namun tidak terasa panas.
Oleh
itu, mari kita fikir kembali dari manakah Nabi Muhammad SAW mengetahui
semua pengetahuan tersebut? Tentunya dari Zat yang Maha Besar, Allah
SWT.
Oleh sebab NASA kerap menyembunyikan fakta-fakta kebenaran tentang Al-Qur’an, mereka sering mendapat
kritikan dari para pakar Islam. Namun apapun yang telah disembunyikan
NASA tidaklah menjadi masalah bagi kita yang menyakini kebenaran Islam
bukan dari sisi Ilmiah saja tetapi dengan keimanan dan ketaqwaan kepada
Allah SWT juga.
Semoga
dengan artikel yang bermanfaat ini boleh menambah rasa cinta terhadap
agama Islam. Semoga fakta-fakta ilmiah yang telah dikaji oleh ilmuan
barat yang meragukan Islam dapat membawa mereka ke jalan yang benar.
0 comments:
Post a Comment