Muhammad Hafizul (tiga, kanan) bergambar bersama hadiah dimenanginya selepas dinobatkan juara Badang Malaysia 2015 bagi kategori 75 kilogram ke bawah. |
LUBUK MERBAU - Seramai 38 'abang sado' beradu tenaga untuk dinobatkan
sebagai Badang Malaysia 2015 yang diadakan di Kampung Labu Kubong, di
sini.
Pertandingan sejak Jumaat hingga Ahad lalu, turut menghimpunkan peserta dari Brunei dan Singapura yang diuji melalui acara larian sejauh dua kilometer, memikul tayar, menarik traktor seberat tiga tan dan banyak lagi.
Sementara itu, penjawat awam dari Sabah, Mazri Sital, 31, membuktikan kejaguhannya apabila menjuarai Badang Malaysia 2015 bagi kategori 76 kilogram ke atas.
Beliau yang merupakan juara bertahan nyata sukar digugat peserta lain apabila menamatkan saingan dengan jarak masa yang agak jauh berbanding pemenang tempat kedua.
Bagi Mazri, dia tidak menyangka mampu mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu apabila melihat peserta tahun ini lebih bersedia dan mantap.
“Masa saya mula-mula sampai, saya kurang berkeyakinan untuk menang tetapi dalam hati saya bertekad untuk melakukan yang terbaik.
“Halangan pada tahun ini lebih sukar dan memenatkan berbanding tahun lepas. Ada halangan baru seperti panjat tangga tali yang memberi kesulitan kepada peserta.
“Namun, saya bersyukur kerana menang dan wang kemenangan ini saya akan salurkan sedikit kepada Persatuan Orang Kuat Borneo,” katanya.

Dalam pada itu, juara kategori 75 kilogram ke bawah, Muhammad Hafizul
Abdul Yazid, 25, bersyukur usahanya menurunkan berat badan bagi
menyertai kategori tersebut membuahkan hasil.
Menurutnya, dia menyertai pertandingan itu tahun lalu dan pada waktu itu dia menyertai kategori lain kerana beratnya mencecah 80 kilogram.
“Pada tahun ini, saya usaha kurangkan berat badan dan masuk bawah 75 kilogram. Saya bersyukur kerana usaha saya berhasil malah dinobatkan sebagai juara.
“Pengalaman tahun lepas saya bawa ke tahun ini dan itu banyak membantu saya mengatasi halangan-halangan yang ada dalam pertandingan ini.
Dalam pada itu, Pengarah Badang Malaysia 2015, Amiruddin Mohd Daud bercadang untuk mempromosikan pertandingan itu di Indonesia dan Singapura pada tahun hadapan.
Menurutnya, penyertaan yang semakin meningkat pada tahun ini membuatkan mereka lebih bersemangat untuk menarik lebih ramai peseta pada tahun hadapan.
"Kemungkinan tiada penambahan halangan pada tahun hadapan namun kita rancang untuk meningkatkan tahap disiplin acara-acara dipertandingkan.
“Saya lihat tahun ini Badang Malaysia lebih meriah dari segi jumlah peserta dan jumlah pengunjung yang menyaksikan pertandingan ini.
“Jumlah pengunjung yang datang mencecah 5,000 orang sejak hari pertama pertandingan. Ini merupakan petanda positif,” katanya.
Tambah Amiruddin, beliau bercadang menganjurkan program sama pada tahun depan dalam bulan Julai selepas mengambil kira beberapa aspek yang mempengaruhi jumlah kehadiran peserta.
“Bila kita buat dalam bulan merdeka seperti tahun ini, ramai peserta tidak dapat datang. Ada yang terlibat dengan acara rasmi,” ujarnya.