Zuraidah menunjukkan bukti mendakwa dia menang hadiah utama berupa wang tunai RM150,000. |
TELUK INTAN - Hasrat seorang suri rumah mahu berbelanja sempena Syawal
dengan hadiah wang yang dikatakan menang terbantut apabila mendakwa
ditipu syarikat berkenaan selain tidak menerima wang tersebut.
Sebaliknya, wanita tersebut, Zuraidah Hasim, 31, rugi kira-kira RM500 apabila syarikat tersebut memintanya untuk membeli pelbagai barangan sebagai syarat untuk mendapatkan wang tunai RM150,000.
Menurutnya, pada mulanya dia memasuki peraduan silang kata dianjurkan oleh syarikat itu yang tersiar di dalam sebuah majalah secara suka-suka dan turut menghantar penyertaan itu.
"Tidak lama kemudian, dia mendapat surat daripada syarikat yang sama dan mendakwa dia memenangi hadiah wang tunai RM150,000. Namun begitu, syarikat itu menetapkan syarat sekiranya saya mahu mengambil hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM150,000, saya perlu membeli barang perkakas dapur.
“Pada mulanya saya ragu-ragu lalu saya menghubungi syarikat tersebut dan mereka mengesahkan saya menang hadiah utama dan memujuk saya untuk membeli barangan sebagai syarat saya mendapat hadiah tersebut,” katanya ketika ditemui di Kampung Lubuk Keli, semalam.
Zuraidah berkata, dia juga mendapat surat mengatakan dia perlu hadir untuk menerima hadiah tersebut, namun disebabkan kekangan masa dan wang dia tidak dapat hadir bagi menerima wang tersebut serta meminta pihak syarikat untuk memasukan wang tersebut ke dalam akaun bank.
"Setelah beberapa minggu kemudian, barang perkakas dapur diterima namun begitu, hadiah utama yang dikatakan oleh syarikat itu sehingga kini masih belum terima.
"Saya juga turut bertanyakan hal tersebut kepada syarikat itu, namun pelbagai alasan diberikan setiap kali diutarakan kepada wakil syarikat itu," katanya.
Katanya, dia berhasrat mahu membelanjakan ahli keluarga sempena Syawal selain membaiki rumah pusaka arwah ibu mertua sekiranya memenangi wang itu.
“Laporan polis akan dibuat tidak lama lagi selain membuat aduan kepada tribunal pengguna atas tindakan syarikat tersebut,” katanya.

0 comments:
Post a Comment