Saturday, 25 July 2015

SEKOLAH LANGKAP RUGI RM16,500

Gambar hiasan LANGKAP- Sebuah sekolah rendah di sini dipecah masuk dan pelbagai jenis peralatan komputer dilarikan, 16 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian pada kira-kira jam 1.30 pagi itu disedari pengawal sekolah tersebut yang sedang meronda di kawasan tersebut. Menurutnya, satu laporan polis dibuat sebelum pegawai dan anggotanya bergegas...

PENIAGA TAPAH DI KOMPAUN

Musa (kiri) ketika menjalankan pemeriksaan, baru-baru ini. TAPAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Tapah mengeluarkan satu kompaun kepada seorang peniaga kerana tidak meletakkan tanda harga warna merah jambu sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri di daerah ini. Ketua Cawangannya, Musa Ramli berkata, bilangan kompaun yang dikeluarkan pihaknya berkurangan...

PENIAGA KUAALA KANGSAR CEKIK DARAH PENGUNJUNG

Kedai makan berhampiran Arena Kuala Kangsar sering menjadi tumpuan terutamanya pada musim cuti sekolah BANDAR KUALA KANGSAR - Setiap kali menjelang musim perayaan dan cuti sekolah, Kuala Kangsar pasti dipenuhi anak jatin yang pulang ke kampung halaman untuk bercuti. Pada masa sama, kedai-kedai makan di kawasan tumpuan seperti Bukit Chandan dan Lembah Kuala Kangsar pasti dipenuhi pelanggan. Namun, ada yang kurang enak didengari...

Friday, 24 July 2015

4 KENDERAAN KEMALANGAN DI KAMPAR

Keadaan lori tiga tan yang hilang kawalan dan merempuh belakang Perodua Alza, menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan mengalami keretakan di pergelangan tangannya. KAMPAR – Seorang kanak-kanak perempuan cedera apabila kereta dinaiki bersama ahli keluarganya terlibat dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 308, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di sini, semalam. Kejadian pada kira-kira jam 8.30 pagi...

MESEJ PALSU GEMPARKAN PENDUDUK GERIK PERAK

Mesej palsu mengarahkan stesen minyak di Gerik kehabisan bekalan menimbulkan suasana panik orang ramai. GERIK - Penyebaran beberapa berita palsu melibatkan dua kejadian di Gerik menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak kerana ia menyulitkan tugas pihak berkaitan. Berita palsu yang tersebar baru-baru ini, mengatakan terdapat gajah naik minyak hingga menyebabkan seorang maut menerima banyak maklum balas daripada...

SURI RUMAH TELUK INTAN DI TIPU CARA BARU

Zuraidah menunjukkan bukti mendakwa dia menang hadiah utama berupa wang tunai RM150,000. TELUK INTAN - Hasrat seorang suri rumah mahu berbelanja sempena Syawal dengan hadiah wang yang dikatakan menang terbantut apabila mendakwa ditipu syarikat berkenaan selain tidak menerima wang tersebut. Sebaliknya, wanita tersebut, Zuraidah Hasim, 31, rugi kira-kira RM500 apabila syarikat tersebut memintanya untuk membeli pelbagai barangan sebagai...

5 JUTA BANTUAN DARI YBU UNTUK PENDUDUK TANJUNG PIANDANG

Abdul Puhat(tiga, kiri) menyerahkan sumbangan kotak makanan YBU kepada salah seorang penerima bantuan di Kampung Sungai Baru, Tanjung Piandang sambil diiringi Ismail (tengah). TANJUNG PIANDANG - Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) menyasarkan peruntukan RM5 juta bagi membaik pulih dan membina baharu rumah rakyat Perak yang memerlukan dapat diselesaikan sepanjang 2015. Pengerusinya, Datuk Ismail Saffian berkata, sehingga Julai 2015,...

Wednesday, 22 July 2015

CILAKA MENIMPA PAS DI AIDILFITRI

IPOH - Pas Perak menyokong kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menegaskan tindakan disiplin akan dikenakan terhadap ahli parti yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menjaga imej dan kredibiliti Pas daripada dicemari anasir yang mempunyai kepentingan tertentu.“Kalau GHB berdaftar sebagai parti politik dan ahli Pas yang sertai pertubuhan itu...

PERAK TERIMA TIMBALAN KETUA POLIS BARU

Hasnan (kiri) dilantik Timbalan Ketua Polis Perak yang baharu berkuat kuasa hari ini. IPOH – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan, semalam secara rasminya mengambil alih tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Perak yang baharu berikutan persaraan Datuk A Paramasivam pada 30 Jun lalu.Jawatan itu sebelum ini dipangku, Ketua Cawangan Khas Negeri, Datuk Burhanuddin Ijab selama dua bulan sebelum menyerahkan secara rasmi kepada...