Friday 4 November 2016

Stock Minyak Mencukupi #KPDNKK #CaringMinister




Kuala Lumpur – Pengguna dinasihatkan supaya tidak panik dengan bekalan minyak masak yang dikatakan berkurang dikebanyakan pasar raya di negara ini.

Hal ini kerana, hasil daripada tinjauan yang dijalankan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong mendapati, bekalan minyak masak yang dikeluarkan kilang pemprosesan dan pembungkusan adalah mencukupi.

Pengurangan sementara bekalan baru-baru ini adalah dipercayai akibat pembelian panik yang disebabkan oleh maklumat palsu tentang penghapusan keseluruhan subsisdi minyak masak baru-baru ini.

Maklumat palsu tersebut juga telah menyebabkan segelintir peniaga mengambil tindakan menyorokkan bekalan minyak masak dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang lebih jika benar maklumat penghapusan keseluruhan subsidi tersebut.

Bercakap dalam sesi sidang media selepas melakukan lawatan mengejut ke kilang memproses minyak di sini pagi tadi, menegaskan bahawa mana-mana pihak yang didapati menyorokkan bekalan, tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ujarnya lagi, pengguna perlu membantu pihak kerajaan untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang menaikkan harga dengan kadar yang tidak munasabah.

Turut serta dalam tinjauan tersebut Ketua Pengarah Penguatkuasa, Mohd Roslan Mahayudin bersama-sama pegawai-pegawai penguatkuasa Ibupejabat Putrajaya dan Cawangan Klang.

Sementara itu, hasil tinjauan yang dilakukan oleh KSU KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh bersama Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Dato’ Iskandar Halim serta pegawainya ke kilang Golden Palm Oil Industries Sdn Bhd yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras di sini hari ini mendapati bekalan minyak masih terkawal.

Katanya pengguna perlu membantu pihak kerajaan dengan membuat laporan jika terdapat ada peniaga yang menaikkan harga dengan kadar yang tidak munasabah bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka. - orangmuda.tv

0 comments:

Post a Comment