KUALA LUMPUR – Sebuah pasukan petugas khas dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia telah pun memulakan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pasukan petugas khas itu juga telah menyerbu dan mengambil beberapa dokumen penting milik syarikat SRC International Sdn. Bhd., Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd. semalam.
“Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumendokumen mengenai 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada pasukan petugas khas ini.
“Saya telah meneliti dan menyemak semua dokumen dikemukakan. Saya seterusnya telah memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini untuk diambil tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menyentuh mengenai serbuan ke atas ketiga-tiga buah syarikat tersebut, Abdul Gani berkata, beliau sudah membuat analisis ke atas dokumen yang dirampas dan memberi jaminan bahawa siasatan akan memfokus kepada setiap aspek dibangkitkan.
Katanya, dengan keanggotaan daripada pelbagai agensi penguat kuasa, beliau percaya pasukan petugas khas berkenaan berupaya menjalankan siasatan dengan lebih profesional dan terperinci.
“Saya berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama bagi membolehkan pasukan ini menjalankan siasatan dan berhenti daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan lagi orang ramai,” ujarnya.
UM
0 comments:
Post a Comment