IPOH - Cubaan tiga lelaki menyamun seorang penunggang motosikal gagal
selepas salah seorang daripada mereka ditangkap oleh rakan mangsa yang
kebetulan tiba di Jalan Lahat- Pusing di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, lelaki berusia 40
tahun sedang menaiki motosikal telah ditahan kumpulan suspek yang
menaiki kereta Proton Iswara.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek
bersenjatakan pisau dan rotan bertindak mengugut dan merampas beg duit
milik mangsa.
“Kebetulan rakan mangsa sampai dan suspek cuba melarikan diri namun,
salah seorang daripada mereka berjaya ditangkap sebelum tangkapan semula
dibuat oleh anggota balai.
“Bagaimanapun, dalam kejadian itu, mangsa kerugian sekurang-kurangnya RM200,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, polis sedang melancarkan gerakan mengesan dua lagi suspek yang telah dikenal pasti berada Ipoh.
No comments:
Post a Comment